Monday, October 10, 2011

Entahlah....

Entahlah...aku tak tahu apa yang telah terjadi semalam. Andailah aku dapat hilangkan ingatanku hanya untuk satu hari,tapi itu tidak mungkin akan terjadi. Aku sekarang dalam dilema atau pun penyesalan,aku sendiri tak pasti. Salahkah aku? Pentingkan diri sangatkah aku? Atau aku cuma diselubungi rasa bersalah dan kasihan,kerana aku masih lagi bergelar manusia?
Entahlah...apa yang telah terjadi semalam mungkin ada hikmahnya,tak kiralah,pada aku atau pada sesiapa yang terlibat. Aku setakat ini akan terus berpegang pada keputusan tetapku. Mungkin aku dianggap kejam,tidak ada perasaan tapi aku cuma mengikut kata hatiku. Kata hatiku yang ku rasa tidak akan menyusahkan hidup sesiapa lagi selepas ini,atau membebankan sesiapa. Kerana aku buat keputusan itu untuk kebaikan diriku dan tidak terniat dihati melukakan yang lain.
Entahlah...Hidup memang penuh dengan persoalan,jawapannya ada pada diri sendiri. Setiap masalah aku percaya.walau sesukar manapun tetap akan ada jalan penyelesaian. Cara dan jalan penyelesaian sahaja yang berbeza,yang mana kita pilih. Baik,buruk,terima sahaja. Aku akan tetap terus tenangkan hati,lapangkan fikiran,bukakan minda untuk menerima apa sahaja ujian yang akan datang selepas peristiwa semalam.
Entahlah...aku nekad untuk menghadapinya,walaupun aku berseorangan. Doa dan harapan tetap pasti dihatiku. Itu semua pasti membantuku. Insyallah...

Saturday, October 8, 2011

Hari pertama berblogger...untuk kepuasan meluahkan isi hati..

Kenapa saya tiba-tiba rasa macam nak buat blog? Kebelakangan ini saya rasa sunyi sangat dengan hidup saya.Anak,mama dan adik sentiasa ada disisi saya tapi kenapa saya masih rasa keseorangan? Saya perlukan teman. Ya,seorang teman. Kawan terbaik,teman setia dan sahabat sejati,itu yang saya perlukan untuk hilangkan kesunyian ini. Ada sesetengah benda dan masalah yang kita rasa kekok untuk dikongsikan bersama keluarga,sebab itu saya perlukan kawan. Saya mencari dan terus mencari,kawan yang bergelar sahabat.Tetapi kenapa saya masih tak dapat temuinya? Oleh kerana pencarian saya masih lagi tidak berjaya dan menuju jalan yang samar-samar,saya fikir,saya belajar mengenali diri sendiri dan menjadi teman terbaik pada diri sendiri,barulah saya akan temui sahabat sejati itu. Dan disini,saya akan luahkan isi hati,pendapat dan pandangan saya tentang semua perkara yang terjadi dalam hidup saya dan meneliti semula dimana silap dan betul pemikiran saya. Saya tahu saya tidaklah sempurna tapi tiada silapnya kalau saya cuba untuk lebih mengenali diri dengan cara ini. Kesilapan langkah telah berlalu,sekarang masa menuju matlamat dengan langkah yang betul.....