Celoteh Saya

Tujuan saya mula nak buat blog ni agak cliche lah kan? Sama macam orang lain jugak lah kan,hanya untuk seronok2. Tengok orang ada blog,dia pun sibuk nak berblog bagai. Tengok orang ada FB,dia pun nak buka akaun FB satu,dua,dan kadang2 sampai tiga. Macam tu juga saya,tengok orang lain buat blog macam seronok je. Saya pun nak jugak rasa seronok tu. Lagipun,blog ni senang saya nak mengarang citer yang bukan2 dan yang bukan bukan2. Saya ni orangnya suka bercakap,cakap dan cakap lagi (kadang2 tanpa henti dan kadang sorang2) dan sampai satu masa tu saya rasa macam air liur saya dah makin berkurangan,badan saya pun dah mula mengalami dehidrasi. So,saya rasa blog adalah penyelesaian bagi masalah mulut lenguh saya ni. Sekarang,tulis blog akan mengurangkan percakapan mulut saya dan mungkin akan menyebabkan jari-jemari saya pulak lebam.

TETAPI! Walaupun jari2 saya lebam mahupun bengkak,saya tetap akan meneruskan perjuangan untuk menge-post sebanyak mana yang mampu. Saya hanya nak kongsi sesuatu dan meluahkan pendapat,isi hati. Dalam masa yang sama,mungkin mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Saya rasa blogging memang yang terbaik untuk saya meluahkan rasa sebab di luar saya seorang yang suka pendam rasa (it will never change).

Why Should You Read My Blog? Oh,soalan mudah je tu. Korang memang patut baca pun sebab blog memang untuk dibaca bukan untuk dikira,dibilang huruf mahupun dijawap macam ambil exam. Haha.. Firstly,korang mungkin akan terkejut dengan beberapa blog saya yang agak kucar kacir ni (baru lagi,harap tunjuk ajar supaya tak kureng ajor). Dan memang korang harus (bukan wajib atau sunat ya?) baca sebab saya akan sentiasa updatekan dengan beberapa informasi berguna (yg tak guna pun mungkin ada) dan untuk tujuan hiburan  semata2 pun ada. So enjoy,ok?

Last but not least,korang semua boleh lah menghubungi saya di talian yang tertera di skrin monitor anda sekarang. Ada tak? Kalau takde,takpelah. Its ok. Haha. Hubungi saya di sini ya --->>adika6997@yahoo.com (hubungi sahaja,menciptakan perhubungan bunga2 tak dilayan..haha,just kidding). Wassalam..

No comments:

Post a Comment