Sunday, January 29, 2012

4 ORANG ISTERI DAN KEHIDUPAN MANUSIA

Assalamualaikum,
Kali ni nak bagi satu cerita yang menarik dan penuh mesej untuk korang semua. Cerita ini juga berkaitan dengan kehidupan kita semua. Korang baca dan ambillah pengajarannya,ok?

Terdapat seorang hartawan yang bernama Ali yang mempunyai 4 orang isteri. Hartawan ini paling sayangkan isterinya yang keempat,iaitu Ana dan selalu memanjakan isterinya itu dengan pakaian mahal dan segala kemewahan.

Ali juga sangat sayangkan isterinya yang ketiga,iaitu Ani. Ali sangat berbangga dengan Ani dan sentiasa menunjuk2 dan mengagungkan Ani di hadapan rakan2nya. Bagaimanapun,Ali juga berasa sangat takut dan risau jikalau Ani mungkin akan lari darinya dan pergi kepada lelaki lain.

Ayu,isteri kedua juga disayangi Ali. Ayu seorang penyabar dan bertolak ansur,Ayu juga bertindak sebagai penasihat Ali. Apabila Ali menghadapi masalah,Ali sentiasa mencari Ayu dan Ayu pula akan sentiasa bersedia membantu Ali ketika kesusahan.

Disebalik semua itu pula,Ati,isteri pertama Ali adalah seorang isteri yang setia dan telah membuat banyak pengorbanan dalam memastikan kekukuhan kewangan dan harta benda Ali. Selain itu,Ati jugalah yang menguruskan segala hal rumahtangga. Bagaimanapun,Ali tidak menyayangi Ati walaupun Ati sangat mencintai Ali dengan sepenuh hati,Ali tetap buat endah tak endah sahaja dengan kehadiran Ati.

Pada suatu ketika,Ali si Hartawan itu pun jatuh sakit. Selepas beberapa lama terlantar Ali mulai sedar,waktu ajalnya sudah hampir tiba. Ali memikirkan segala harta kemewahannya dan berkata pada dirinya "Sekarang aku mempunyai 4 orang isteri. Tetapi bila aku mati nanti,aku akan bersendirian. Betapa sunyinya diriku nanti."

Selepas itu,Ali pun bertanya kepada isteri keempatnya,Ana, "Aku paling sayangkan kau,manjakan kau dengan semua kemewahan yang ku ada dan menjagamu dengan sangat baik. Sekarang sudah tiba masanya ku pergi tinggalkan dunia ini,mahukah kau mengikuti ku dan temani aku?" "Tidak!" jawap isteri keempatnya dan terus berlalu pergi tanpa sebarang kata lagi.

Jawapan itu sudah cukup untuk membuat hati Ali bagai ditusuk pisau. Ali lalu bertanya pula pada isteri ketiganya,Ani, "Aku sangat mencintai kau dengan seluruh hidupku. Sekarang aku hampir mati,mahukah kau ikut aku dan temankan aku?" "Tidak!" Jawap Ani. "Hidup sangat bahagia dan baik disini! Aku akan berkahwin lagi selepas kau mati!" Hati Ali tenggelam dengan perasaan sedih dan dingin.

Ali kemudiannya bertanyakan soalan yang sama kepada isteri keduanya,iaitu Ayu, "Aku sentiasa mencarimu untuk meminta pertolongan di waktu kesusahan. Sekarang aku mohon pertolongan kau sekali lagi. Bila aku mati,mahukah kau ikut dan temankan aku?"
"Maafkan aku,aku tidak dapat menolong kau untuk itu!" "Paling tidak pun,aku hanya boleh menghantarmu hingga ke perkuburan sahaja!" Ali merasa hampa dan sangat kecewa dengan jawapan itu.

Tiba-tiba datang satu suara "Aku akan pergi bersamamu. Aku akan mengikutimu walau kemana pun kau pergi." Ali mendongakkan kepalanya dan suara itu adalah isteri pertamanya,Ati. Ati kelihatan sangat kurus seperti orang sakit dan wajahnya penuh penderitaan. Dengan penuh penyesalan,Ali pun berkata, "Aku sepatutnya menjagamu dengan lebih baik sewaktu aku masih mampu dahulu."

Sebenarnya,kita semua mempunyai 4 orang isteri itu dalam kehidupan kita.

1. Isteri ke-4 itu adalah tubuh badan kita. Walau sebanyak mana waktu dan usaha kita untuk menjaganya supaya cantik dan sihat,ianya akan meninggalkan kita,bila kita mati.

2. Isteri ke-3 itu adalah kedudukan,status dan kekayaan harta benda. Bila kita mati,itu semua akan menjadi milik orang lain.

3. Isteri ke-2 itu pula adalah keluarga dan sahabat2 kita. Seakrab dan serapat mana mereka terhadap kita sewaktu hidup,paling jauh mereka dapat bersama kita hanyalah menghantar kita ke tanah perkuburan.

4. Isteri pertama pula,jelaslah hati dan amalan kita didunia ini,yang kadangkala kita abaikan didalam misi kita untuk mencari kekayaan,harta benda dan keseronokkan duniawi.

Dan cuba korang fikirkan,hanya itu yang akan mengikuti kita kemana pun kita pergi,termasuklah bila kita mati. Mungkin sekarang adalah satu idea yang bagus untuk kita sama2 menguatkan dan menjaga amalan kita daripada menunggu hingga waktu ajal mendekat dan kita terbaring nazak dalam penuh penyesalan. Amin....

Wasalam,
happynurul

No comments:

Post a Comment