Monday, January 9, 2012

Pernah dengar orang selalu cakap "Semuanya sempurna tapi aku cuma tak bahagia? Atau korang pernah terfikir kenapa korang seolah-olah tak dapat menemui kebahagiaan? Teruskan membaca untuk belajar macam mana korang boleh memilih untuk merasai kebahagiaan. Happily ever after.

Kebahagiaan adalah sesuatu yang korang harus pilih untuk menjadi bahagia. Seseorang boleh mendapatkan segala harta dan wang di dalam dunia ini dan masih tidak dapat pastikan apa sebenarnya yang mereka mahukan,dan terus-terusan kekal dalam ketidakbahagiaan. Seseorang itu mungkin sentiasa dikelilingi sahabat,teman,kawan dan orang tersayang,dan masih lagi diselubungi kesunyiaan. Dan mungkin juga,seseorang yang hanya makan serangga untuk teruskan hidup,tinggal di dalam penjara yang sejuk dan kebasahan,masih gembira untuk makan serangga itu,dan bahagia kerana masih tetap hidup. Orang seperti ini menerima dengan kesyukuran persekitarannya,dan telah dapat menemui maksud kebaikkan,membuatkan pengalamannya lebih menyenangkan. Orang seperti ini juga memilih untuk bahagia dengan apa yang mereka ada,dan mengenali potensi diri yang mungkin akan mereka dapati.






Menjadikan diri gembira adalah suatu perkara yang mudah. Langkah pertama adalah belajar menghargai kelebihan,keadaan atau melihat kebaikkan di dalam setiap apa yang terjadi. Ini memerlukan kita untuk lebih peka dengan 5 pancaindera yang tuhan kurniakan kepada kita. Bagaimana lagi aroma segar biskut yang dibakar dapat menceriakan hari yang teruk bagi kita? Bagaimana lagi bunyi anak kecil kita sedang tidur dengan lena dapat menjadikan rehat kita lebih aman? Kita perlu menggunakan deria kita untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling,dan menerimanya. Selepas itu,barulah kita dapat merubah keadaan menjadi lebih menarik,menenangkan dan menggembirakan bagi diri kita.

Bersyukur dengan apa yang ada dan berusahalah untuk mendapatkan yang belum ada(kalau rasa nak lah kan?)
Selamat Berbahagia untuk semua...all over the world.


No comments:

Post a Comment