Sunday, January 29, 2012

4 ORANG ISTERI DAN KEHIDUPAN MANUSIA

Assalamualaikum,
Kali ni nak bagi satu cerita yang menarik dan penuh mesej untuk korang semua. Cerita ini juga berkaitan dengan kehidupan kita semua. Korang baca dan ambillah pengajarannya,ok?

Terdapat seorang hartawan yang bernama Ali yang mempunyai 4 orang isteri. Hartawan ini paling sayangkan isterinya yang keempat,iaitu Ana dan selalu memanjakan isterinya itu dengan pakaian mahal dan segala kemewahan.

Ali juga sangat sayangkan isterinya yang ketiga,iaitu Ani. Ali sangat berbangga dengan Ani dan sentiasa menunjuk2 dan mengagungkan Ani di hadapan rakan2nya. Bagaimanapun,Ali juga berasa sangat takut dan risau jikalau Ani mungkin akan lari darinya dan pergi kepada lelaki lain.

Ayu,isteri kedua juga disayangi Ali. Ayu seorang penyabar dan bertolak ansur,Ayu juga bertindak sebagai penasihat Ali. Apabila Ali menghadapi masalah,Ali sentiasa mencari Ayu dan Ayu pula akan sentiasa bersedia membantu Ali ketika kesusahan.

Disebalik semua itu pula,Ati,isteri pertama Ali adalah seorang isteri yang setia dan telah membuat banyak pengorbanan dalam memastikan kekukuhan kewangan dan harta benda Ali. Selain itu,Ati jugalah yang menguruskan segala hal rumahtangga. Bagaimanapun,Ali tidak menyayangi Ati walaupun Ati sangat mencintai Ali dengan sepenuh hati,Ali tetap buat endah tak endah sahaja dengan kehadiran Ati.

Pada suatu ketika,Ali si Hartawan itu pun jatuh sakit. Selepas beberapa lama terlantar Ali mulai sedar,waktu ajalnya sudah hampir tiba. Ali memikirkan segala harta kemewahannya dan berkata pada dirinya "Sekarang aku mempunyai 4 orang isteri. Tetapi bila aku mati nanti,aku akan bersendirian. Betapa sunyinya diriku nanti."

Selepas itu,Ali pun bertanya kepada isteri keempatnya,Ana, "Aku paling sayangkan kau,manjakan kau dengan semua kemewahan yang ku ada dan menjagamu dengan sangat baik. Sekarang sudah tiba masanya ku pergi tinggalkan dunia ini,mahukah kau mengikuti ku dan temani aku?" "Tidak!" jawap isteri keempatnya dan terus berlalu pergi tanpa sebarang kata lagi.

Jawapan itu sudah cukup untuk membuat hati Ali bagai ditusuk pisau. Ali lalu bertanya pula pada isteri ketiganya,Ani, "Aku sangat mencintai kau dengan seluruh hidupku. Sekarang aku hampir mati,mahukah kau ikut aku dan temankan aku?" "Tidak!" Jawap Ani. "Hidup sangat bahagia dan baik disini! Aku akan berkahwin lagi selepas kau mati!" Hati Ali tenggelam dengan perasaan sedih dan dingin.

Ali kemudiannya bertanyakan soalan yang sama kepada isteri keduanya,iaitu Ayu, "Aku sentiasa mencarimu untuk meminta pertolongan di waktu kesusahan. Sekarang aku mohon pertolongan kau sekali lagi. Bila aku mati,mahukah kau ikut dan temankan aku?"
"Maafkan aku,aku tidak dapat menolong kau untuk itu!" "Paling tidak pun,aku hanya boleh menghantarmu hingga ke perkuburan sahaja!" Ali merasa hampa dan sangat kecewa dengan jawapan itu.

Tiba-tiba datang satu suara "Aku akan pergi bersamamu. Aku akan mengikutimu walau kemana pun kau pergi." Ali mendongakkan kepalanya dan suara itu adalah isteri pertamanya,Ati. Ati kelihatan sangat kurus seperti orang sakit dan wajahnya penuh penderitaan. Dengan penuh penyesalan,Ali pun berkata, "Aku sepatutnya menjagamu dengan lebih baik sewaktu aku masih mampu dahulu."

Sebenarnya,kita semua mempunyai 4 orang isteri itu dalam kehidupan kita.

1. Isteri ke-4 itu adalah tubuh badan kita. Walau sebanyak mana waktu dan usaha kita untuk menjaganya supaya cantik dan sihat,ianya akan meninggalkan kita,bila kita mati.

2. Isteri ke-3 itu adalah kedudukan,status dan kekayaan harta benda. Bila kita mati,itu semua akan menjadi milik orang lain.

3. Isteri ke-2 itu pula adalah keluarga dan sahabat2 kita. Seakrab dan serapat mana mereka terhadap kita sewaktu hidup,paling jauh mereka dapat bersama kita hanyalah menghantar kita ke tanah perkuburan.

4. Isteri pertama pula,jelaslah hati dan amalan kita didunia ini,yang kadangkala kita abaikan didalam misi kita untuk mencari kekayaan,harta benda dan keseronokkan duniawi.

Dan cuba korang fikirkan,hanya itu yang akan mengikuti kita kemana pun kita pergi,termasuklah bila kita mati. Mungkin sekarang adalah satu idea yang bagus untuk kita sama2 menguatkan dan menjaga amalan kita daripada menunggu hingga waktu ajal mendekat dan kita terbaring nazak dalam penuh penyesalan. Amin....

Wasalam,
happynurul

Saturday, January 21, 2012

Aaron Aziz?! Kenapa Saya Rasa Nak Komplen.



Kenapa Aaron Aziz ni famous sangat dan tiba-tiba je saya rasa macam nak komplen sesuatu tentang dia? Jangan salah faham,saya bukan anti-Aaron Aziz pun (semua filem atau drama ade muka dia,saya tak akan miss..hehe). Disini,cuma rasa nak ulas dan memberi cadangan yang agak2 awak boleh pakai tak? Kalau boleh pun apa salahnya kan? Baiklah,saya nak mulakan satu persatu dari watak gempak yang dilakonkan oleh Abang Aaron kita ni.



Ok..Yang pertama watak sebagai Joe dalam filem Evolusi KL Drift. Ya,korang mesti ingat punyalah. Rambut oren semacam,tatoo penuh satu badan,(but still very handsome to me >.<). Gaya percakapan memang cukup gangster lah citernya kan,muka pulak memang agak menggerunkan jugak sikit. Gerun sikit je sebab Abg Aaron tetap maintain cute lah. Kesimpulannya,watak tu tak cukup jahat,kejam atau pun seram tahap gaban dan tak membuatkan peminat atau penonton merasa benci + menyampah dengan watak Joe a.k.a Abg Aaron tu. Not enough.

Then,yang kedua "Malik Is Back"! Malik dalam filem KL Gangster tu memang tak nampak lah kejamnya Abg Aaron sebab Malik dah cuci tangan kan? Tapi walau dengan gaya gangster + poyo macam tu tetap jugak tak membuatkan peminat/penonton rasa macam nak cekik je,(kalau saya,peluklah kot dengan kuat,tanda benci..hehe) Abg Aaron kerana terbawa2 watak tu,betul tak? Kesimpulannya lagi,watak org jahat + poyo tak cukup memberi kesan lagi lah kot. (Tunggu KL Gangster 2,maybe......)




  
 Tak cukup lagi ni,yang ketiga,watak Hariz dalam Ombak Rindu. Permulaan cerita nampak agak kureng ajor sikit tapi bila dah tengah2 citer tetiba pulak jadi "good boy" balik...hmm. Tak cukup kejam jugak lah Abg Aaron maknanya. Kesimpulan lagi dan lagi,saya tak nampak lagi lah sisi gelap Abg Aaron ni. Still not enough for me.










Watak ketiga yang tak cukup rasa "bad boy" nya Abg Aaron ialah watak Zamri=Uncle Zack=Datuk Mahfuz Bin Geruruh (tak tahu nape nak sangat letak nama penuh Datuk Mahfuz tu..hehe) dalam Datin Ghairah. Nampak macam "bad boy" dah bila Abg Aaron cuba menyamar jadi Uncle Zack,tackle Datin,jadi Zam,tackle anak Datin pulak. Tapi,macam biasalah,Abg Aaron akan bertukar semula menjadi "good boy" bila nak habis cerita. Sekali anggota polis da..hampa lagi saya nak tengok Abg Aaron jadi a really,really "bad boy". Simpul matinya,saya nak tengok Abg Aaron pegang watak yang begitu jahat,kejam dan tanpa belas kasihan (tapi takdelah sampai makan orang ok?). 

Banyak lagi filem dan drama2 yang Abg Aaron berlakon tapi mostly pegang watak very good boy,charming,and adorable. Bosan gak tengok asyik yang sama je kan? Sekali-sekala buat peminat/penonton naik benci dan menyampah pun ok apa,ratings naik juga kan? Meletop! habis punyalah. Berikan watak yang orang akan sampai bila2 yang Abg Aaron ni memang menyakitkan hati dan rasa macam nak tanya je kat Abg Aaron bila jumpa "Abg Aaron ni memang takde hati perut macam watak dalam filem ..... ke?". (Of course lah saya takkan tanya macam tu).

Akhir kata,saya nak sangat tengok kejahatan + kepoyo-an Abg Aaron melakonkan watak tak baik tu (jahat bunyi macam agak kasar sikit). Korang tak rasa nak tengok ke? Jangan tipu diri sendiri ea.. Saya rasa apa kata kita buka undian sekarang? Taipkan TAKBAIK atau BAIKSGT dan hantarkan kepada 25000 sekarang.
Oklah,sampai sini jelah dulu pasal Abg Aaron Aziz,saya tak nak tulis banyak2,bukan apa,takut kena ban je nanti. Sekarang ni,saya nak pergi tengok gambar Abg Aaron (kat mana,korang tak perlu tahu..hehe) banyak2 supaya malam ni tidur lena dan maybe my future son yang tak wujud pun lagi dalam perut mahupun on the way nak wujud pun belum tentu akan kenan wajah Aaron Aziz,manalah tahu kan? Insyallah..
Salam 1Malaysia..Wassalam.. >.<



Monday, January 9, 2012

Pernah dengar orang selalu cakap "Semuanya sempurna tapi aku cuma tak bahagia? Atau korang pernah terfikir kenapa korang seolah-olah tak dapat menemui kebahagiaan? Teruskan membaca untuk belajar macam mana korang boleh memilih untuk merasai kebahagiaan. Happily ever after.

Kebahagiaan adalah sesuatu yang korang harus pilih untuk menjadi bahagia. Seseorang boleh mendapatkan segala harta dan wang di dalam dunia ini dan masih tidak dapat pastikan apa sebenarnya yang mereka mahukan,dan terus-terusan kekal dalam ketidakbahagiaan. Seseorang itu mungkin sentiasa dikelilingi sahabat,teman,kawan dan orang tersayang,dan masih lagi diselubungi kesunyiaan. Dan mungkin juga,seseorang yang hanya makan serangga untuk teruskan hidup,tinggal di dalam penjara yang sejuk dan kebasahan,masih gembira untuk makan serangga itu,dan bahagia kerana masih tetap hidup. Orang seperti ini menerima dengan kesyukuran persekitarannya,dan telah dapat menemui maksud kebaikkan,membuatkan pengalamannya lebih menyenangkan. Orang seperti ini juga memilih untuk bahagia dengan apa yang mereka ada,dan mengenali potensi diri yang mungkin akan mereka dapati.






Menjadikan diri gembira adalah suatu perkara yang mudah. Langkah pertama adalah belajar menghargai kelebihan,keadaan atau melihat kebaikkan di dalam setiap apa yang terjadi. Ini memerlukan kita untuk lebih peka dengan 5 pancaindera yang tuhan kurniakan kepada kita. Bagaimana lagi aroma segar biskut yang dibakar dapat menceriakan hari yang teruk bagi kita? Bagaimana lagi bunyi anak kecil kita sedang tidur dengan lena dapat menjadikan rehat kita lebih aman? Kita perlu menggunakan deria kita untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling,dan menerimanya. Selepas itu,barulah kita dapat merubah keadaan menjadi lebih menarik,menenangkan dan menggembirakan bagi diri kita.

Bersyukur dengan apa yang ada dan berusahalah untuk mendapatkan yang belum ada(kalau rasa nak lah kan?)
Selamat Berbahagia untuk semua...all over the world.